KUANTAN – Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas lori dinaikinya bersama dua yang lain terbabas ke dalam sungai di Kilometer 9.8 Jalan Lama Bentong-Karak di Bentong, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa, K. Danesh Kumar, 18, yang dipercayai kelindan lori tersebut berasal dari Taman Seri Makmur, Karak. Katanya, pemandu lori, P. Sundar Nathan, 29, dan seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai Dineswaran…