Redah banjir paras dada beli barang keperluan - Utusan Malaysia

Redah banjir paras dada beli barang keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 18 Dis. – Seorang bapa dan anaknya meredah banjir paras dada untuk membeli barangan keperluan harian selepas jalan utama di Kampung Kubang Pak Itam, Meranti, di sini ditenggelami banjir.

Nik Zamari Mohd Nor, 41, berkata, dia terpaksa mengharungi banjir paras dada selain menempuh perjalanan sehingga sejauh tiga kilometer bersama anaknya kerana tidak mempunyai kemudahan bot galah.

Menurutnya, dia membawa anak lelaki sebagai peneman bagi memudahkan tugas untuk membawa barangan keperluan bagi menghadapi banjir.

“Kubang Pak Itam mula dilanda banjir sejak empat hari lalu menyebabkan kami terputus hubungan.

“Bukan itu sahaja, rumah saya sudah ditenggelami air paras pinggang. Buat masa ini saya dan keluarga tinggal di atas para rumah sambil menunggu arahan untuk berpindah,” katanya.

Tinjauan Utusan Online mendapati bot galah menjadi pengangkutan utama dalam urusan harian di kawasan yang ditenggelami air.

Setakat ini masih tiada pusat pemindahan dibuka di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×