Menyangkal trauma dengan perkahwinan pertama sebagai punca dia lebih senang sendiri, bagi Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, saat ini dia hanya mahu menikmati hidup seadanya. Malah, menjalani kehidupan sebagai wanita solo tidak membuatkan penyanyi ini dihambat rasa kekurangan dan bersedih dengan nasib diri. Frasa hidupnya tetap indah dengan lingkungan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menceriakan hatinya. “Mungkin sudah biasa agaknya, tetapi saat ini kehidupan saya…










