Rayuan Klopp kepada penyokong - Utusan Malaysia

Rayuan Klopp kepada penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa para penyokong The Reds menjadikan Anfield seperti ‘lautan merah’ menjelang aksi menentang Napoli pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Perlawanan tersebut akan menjadi pentas hidup dan mati Liverpool untuk ke saingan 16 pasukan terbaik.

“Kami tidak beraksi dengan baik di Napoli. Jadi, kami perlu tunjukkan kepada Napoli bahawa kami lebih baik daripada mereka di Anfield. Saya meminta para penyokong The Reds hadir beramai-ramai ke stadium kerana mereka boleh membantu para pemain,” katanya.

Liverpool perlu menang ke atas Napoli dengan kelebihan dua jaringan gol sekiranya mahu melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Mereka kini hanya menduduki tangga ketiga Kumpulan C dengan enam mata manakala Napoli memiliki kelebihan tiga mata.

Pasukan paling mewah di Eropah, Paris Saint-Germain (PSG) mengekori rapat di tempat kedua dengan lapan mata.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Borussia Dortmund itu yakin, Anfield akan menjadi saksi penting buat mereka untuk bangkit mencipta kejutan.

“Kami perlu menang pada perlawanan ini. Liverpool berjaya menunjukkan mutu permainan yang cemerlang dengan rekod tanpa kalah di laman sendiri setakat ini.

“Tidak ada cara lain selain menang. Namun, pada masa yang sama, saya fikir Napoli juga akan membuat persiapan yang rapi kerana mereka juga mahu layak ke pusingan seterusnya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN