LONDON 8 Disember.- Sekumpulan ahli arkeologi menemukan rangka manusia berusia 500 tahun di kawasan berlumpur berdekatan sungai Thames, Bermondsey, di sini. Lapor CNN, rangka tersebut, yang dalam keadaan tertiarap dijumpai bersama sepasang kasut but jenis kulit. Pakar arkeologi MOLA Headland, Beth Richardson berkata penemuan tersebut memberi gambaran tentang keadaan kawasan itu, sekitar 500 tahun yang lalu. “Dengan penemuan ini, kita dapat gambaran bagaimana kehidupan seharian bagi seorang lelaki yang hidup…










