KUALA LUMPUR 2 Dis. – Tindakan kerajaan menarik semula sekatan penggunaan Akta Hasutan 1948 susulan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya baru-baru ini mendapat reaksi negatif beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan (PH). Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan sudah mencukupi untuk mendakwa pihak yang membuat hasutan. Sehubungan itu, kata beliau, PH perlu terus komited untuk menghapuskan Akta Hasutan seperti…










