Rakyat sahut seruan bangkit - Utusan Malaysia

Rakyat sahut seruan bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kehadiran ratusan ribu rakyat di Dataran Merdeka bukti jelas mereka menyahut seruan untuk bangkit bersama dalam menentang sebarang usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun PH hanya mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat, mereka berani untuk membawa perkara berkenaan ICERD ke Parlimen.

“Syukur kepada Allah kerana telah satukan kita semua hari ini untuk tunjukkan kekuatan kita semua sehingga kerajaan buat keputusan untuk batalkan ICERD.

“Mereka telah diberi ingatan, jika berani bawa ke Parlimen, jutaan akan hadir himpunan di jalan raya, tanda demokrasi tetapi penuh aman dan damai, sejarah kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada perhimpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN