SEMANGAT dan misi Mohd. Adib Mohd. Yusop yang mahu membantu golongan cacat penglihatan menerusi aktiviti kembara solo bermotosikal di empat buah negara menerima sokongan padu daripada kelab permotoran NVOG dan Penang State Bikers. Sokongan itu ditunjukkan menerusi sambutan yang diberikan kepada Mohd.Adib di Pulau Pinang. Malah, kedua-dua kelab tersebut turut mengiringinya pada acara pelepasan aktiviti kembara solo di pulau itu baru-baru ini. Bermula dengan berkumpul dan berkonvoi di Jambatan Pulau…










