Raja Perlis, Raja Perempuan hadir majlis resepsi - Utusan Malaysia

Raja Perlis, Raja Perempuan hadir majlis resepsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 3 Dis. – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis resepsi perkahwinan Dr Nicholas Tan Zhia Chern dengan pilihan hati beliau Alexis Loh Siew Yuin dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Equatorial Bukit Jambul, Pulau Pinang malam semalam.


Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh kedua ibubapa pengantin lelaki iaitu usahawan Steven Tan dan isteri, Kitty Tan beserta besan mereka, Patrick Loh Choon Ghee dan isteri, Ling Loh.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan juga anakanda bongsu baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.



Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Datuk Seri Utama Toh Puan Majimor Shariff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN