KUALA LUMPUR 8 Dis. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program Perlis Week di perusahaan ‘Foodmarket’ di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini hari ini. Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Program kerjasama kerajaan negeri Perlis, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Husam Waksa Group of Companies itu bertujuan mempromosikan produk negeri Perlis selain…










