Rais Yatim tegur bukan sebab mahu ambil tempat Maszlee - Utusan Malaysia

Rais Yatim tegur bukan sebab mahu ambil tempat Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 9 Dis. – Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tegurannya terhadap Dr. Maszlee Malik baru-baru ini dibuat dengan niat yang baik dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain.

RAIS YATIM
RAIS YATIM 

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata, beliau telah lama mengenali Menteri Pendidikan berkenaan iaitu ketika menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

“Dulu isu kasut, kemudian stoking dan kolam renang. Kita akan terus membuat teguran sihat, bukannya ada tujuan lain atau hendak ambil tempat beliau,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.

Rais baru-baru ini menegur Maszlee melalui Twitter selepas beliau dikatakan ingin memasukkan kes 1MDB ke dalam silibus mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Ditanya sama ada Maszlee sudah menghubungi atau bertemunya selepas teguran tersebut, beliau menjawab : “Belum lagi.”

Beliau berkata, hala tuju pendidikan juga tidak jelas dan kementerian berkenaan masih gagal menyatakan pendirian berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan juga sekolah satu aliran.

Beliau menasihati menteri-menteri baharu supaya mencontohi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpengalaman luas selain sentiasa mendengar rintihan rakyat.

Katanya, Bersatu Negeri Sembilan akan akan terus menegur mana-mana menteri dalam Pakatan Harapan bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan tugas dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN