KUALA LUMPUR 1 Dis. – Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mencipta nama di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas Kejohanan Dunia dalam saingan akhir individu lelaki di Hong Kong, hari ini. Dalam saingan akhir tersebut Muhammad Rafiq, 21 tahun mempamerkan aksi cemerlang selepas berupaya menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada dengan keputusan 217-204. Ini juga adalah kali kedua Malaysia meraih pingat emas dalam kejohanan berprestij tersebut…










