KUALA LUMPUR 1 Dis. – Penjelajah Grand Slam negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin yang dalam usaha mendapatkan tempat ke ekspedisi Polar Fjallraven 2019 kini menduduki tangga keenam dunia. Lebih membanggakan, Muhammad Muqharabbin atau Qobin yang mahu bersama-sama 20 penjelajah dunia meluncur salji sejauh 300 kilometer di Kutub Utara dalam ekspedisi itu turut mendahului peserta-peserta lain bagi bahagian Asia dan Oceania. Qobin kini mendahului apabila mendapat sebanyak 12,559 undi berbanding pencabar terdekatnya…