Puluhan ahli Ndrangheta berjaya ditangkap - Utusan Malaysia

Puluhan ahli Ndrangheta berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 5 Dis.- Operasi melumpuhkan pergerakan kumpulan Ndrangheta diteruskan apabila puluhan ahlinya yang dikesan berada di Itali, German, Belanda, Belgium dan Amerika Utara berjaya ditangkap baru-baru ini.

Memetik laporan Reuters, penangkapan tersebut dilakukan polis Itali dengan bantuan agensi Eropah yang mengawasi kerjasama kehakiman dalam penyiasatan jenayah, Eurojust.

Polis Itali dalam kenyataan mendedahkan 90 ahli kepada kumpulan mafia paling dikehendaki itu ditangkap dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini.

Kesemua ahli yang ditangkap itu disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah jenis kokain, pengubahan wang haram, rasuah dan keganasan.

Ndrangheta merupakan salah satu daripada tiga kumpulan mafia paling dikehendaki di Itali, selain Camorra yang berpusat di Naples dan Cosa Nostra di Sicily.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN