Pulau Kukup: TMJ persoal Xavier libatkan pemangku Agong - Utusan Malaysia

Pulau Kukup: TMJ persoal Xavier libatkan pemangku Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang melibatkan pemangku Yang di-Pertuan Agong dalam isu status Pulau Kukup di Pontian, Johor.

Titahnya, ini kerana Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak pernah bertitah apa-apa terhadap isu tersebut.

Malah, menurut baginda, isu berkenaan telah pun selesai.

“Pertama, pemangku Yang di-Pertuan Agong tidak berkata apa-apa. Kedua, kenapa libatkan Yang di-Pertuan Agong (Pemangku)? Apa yang anda cuba lakukan? Isu ini sudah selesai.

“Ketiganya, Perdana Menteri telah kecewa kerana dia nampaknya diberitahu oleh beberapa orang di sekelilingnya mengenai keluarga diraja Johor sedang membangunkan pulau berkenaan,” baginda menulis sedemikian dalam hantaran status terbaharu dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Baginda mengulas kenyataan Xavier hari ini bahawa usaha kerajaan persekutuan untuk mengekalkan status Pulau Kukup sebagai taman negara mendapat sokongan pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Kata Xavier, Sultan Nazrin telah menzahirkan sokongan ke atas pendirian kerajaan Persekutuan berhubung perkara itu semasa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menghadap Baginda pada 12 Disember lalu.

Beliau juga memberitahu, Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mengambil berat dalam isu ini bagi memastikan sumber asli negara yang amat berharga dapat dipelihara untuk kesejahteraan hidup rakyat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×