JERANTUT – Amalan pemakanan sunah menjadi kunci kejayaan Muhammad Ammar Hajmi Mohamad Zaini, 15, apabila muncul satu-satunya pelajar di sekolahnya mendapat keputusan semua A bagi ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan hari ini. Muhammad Ammar menjadi satu-satunya daripada 150 calon PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKATAHAP) di sini yang mendapat keputusan 11A. Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, dia mengamalkan pemakanan kismis…










