PUTRAJAYA – Status sebagai pelajar baharu tidak menjadi penghalang bagi Atifh Fidzly Abu Bakar, 15, untuk menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan seterusnya mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan hari ini. Keputusan memperoleh 10A yang dicapai anak bongsu daripada tiga beradik itu sekali gus meletakkannya sebagai antara pelajar mencatat keputusan terbaik PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11(2) Putrajaya. “Saya mengambil masa kira-kira dua bulan…










