PUTRAJAYA – Memberi fokus penuh dalam kelas menjadi resipi kejayaan seorang anak yatim mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan hari ini. Aisyah Al-Humaira Anuwi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (2), Putrajaya memperoleh keputusan 10A sekali gus meletakkannya sebagai antara pelajar terbaik PT3 di sekolah berkenaan. Anak tunggal itu berkata, kejayaan tersebut didedikasikan kepada ibunya, Amizuni Ahmat, 48, yang banyak berkorban menjaga dan mendidiknya…










