PT3: 46 peratus lulus kesemua subjek - Utusan Malaysia

PT3: 46 peratus lulus kesemua subjek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK – Seramai 229 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat di sini menerima keputusan masing-masing di sekolah mereka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan berkata, daripada keseluruhan calon tersebut, seramai lima pelajar sekolah itu menerima keputusan cemerlang.

“Lima pelajar SMK Tun Mamat masing-masing mendapat keputusan 11A dan 10A. Bagi statistik keseluruhan pula, sebanyak 46.29 peratus atau 106 pelajar lulus kesemua subjek.

“Manakala 53.71 peratus atau 123 pelajar tidak lulus salah satu subjek dengan sekurang-kurangnya keputusan 1F,” katanya ketika mengadakan lawatan pelajar yang menerima keputusan Pentaksiran Tingkatan 3, PT3 di sini hari ini.

Untuk rekod, seramai 48,688 calon menerima keputusan PT3 di seluruh sekolah di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×