KUALA LUMPUR 27 Dis. – Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diperkenalkan Proton Holdings Bhd dengan kerjasama Zhejiang Geely Holding Group dari China, menerima 200 hingga 300 tempahan sehari sejak ia dilancarkan secara rasmi dua minggu lepas. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata lebih 60 peratus tempahan adalah untuk variasi premium yang menunjukkan pembeli tertarik dengan ciri-cirinya dan tahap peralatannya dan berpandangan ia…










