KHARTOUM 24 Dis. – Beberapa siri tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga roti terus berlaku di beberapa kawasan di Sudan semalam, menyaksikan pasukan polis anti rusuhan ditempatkan di sini selama lima hari berturut-turut.
Penduduk di Um Rawaba yang terletak kira-kira 200 kilometer ke barat daya Khartoum memaklumkan sekurang-kurangnya 600 penunjuk perasaan berhimpun dan melaungkan slogan mendesak pentadbiran kerajaan kini digulingkan.
Penunjuk perasaan mmebakar tayar dinjanan selain cuba menyerbu masuk bangunan kerajaan sebelum dihalang pasukan keselamatan.
Di Atabara, 300 kilometer ke timur laut Khartoum, polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan. – AFP









