Mengkhatan bayi perempuan atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, amalan itu satu prosedur selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi. Berkhatan bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagaimanapun kini…










