KUANTAN 19 Dis. – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Pengerusi BN negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persediaan itu dibuat sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh bagi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal. “Dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, jentera kita diperkemaskan…










