SEHARI dua ini riuh rendah pemimpin Pakatan Harapan (PH) bercakaran kerana seorang individu, Senator P. Waytha Moorthy. Keadaan ini telah memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas malam tadi. Mesej beliau mudah, hentikan perbalahan. Anwar bukan ada kuasa ajaib seperti mana watak yang sering dijayakan bintang besar filem Tamil, Rajnikanth tetapi Presiden PKR itu telah tampil menjalankan tanggungjawab selaku pemimpin kanan gabungan itu dan bakal Perdana Menteri kelapan. Drama…










