YANGON – Presiden Myanmar, Win Myint berkata semalam bahawa tahun ini membawa tuah kepada negeri Rakhine, wilayah yang dicemari keganasan dan menjadi pusat krisis Rohingya. Lebih 720,000 penduduk minoriti Islam Rohingnya meninggalkan negeri di barat negara tersebut sejak Ogos 2017 selepas pihak tentera melancarkan ‘operasi pembersihan’. Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan, operasi yang diarahkan oleh barisan jeneral Myanmar itu sebagai penghapusan kaum atau genosid. Seramai 120,000 lagi penduduk minoriti…