BEIJING 18 Dis. – Presiden China, Xi Jinping memberi amaran bahawa tiada siapa boleh ‘memerintah’ haluan pembangunan ekonomi negara itu. Menurutnya, beliau berikrar akan meneruskan pembaharuan ekonomi namun Beijing tidak akan tergelincir daripada sistem satu parti atau menerima arahan dari negara lain. “Kain rentang sosialisme sentiasa berkibar tinggi di tanah Cina. “Kepimpinan Parti Komunis China merupakan kualiti penting sosialisme bersama ciri Cina dan merupakan kelebihan besar kepada sistem sosialis,” katanya.…










