PPZ MAIWP bakal capai RM650 juta bayaran zakat - Utusan Malaysia

PPZ MAIWP bakal capai RM650 juta bayaran zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM650 juta dapat dicapai apabila menerima kunjungan luar biasa daripada orang ramai sempena’ Countdown Year End Zakat (YEZ)’.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata, jumlah itu termasuk kunjungan di PPZ sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terutama selepas hebahan lanjutan masa operasi bermula 26 Disember hingga semalam.

“Jumlah tepat kutipan zakat masih belum dapat dikenal pasti memandangkan hari ini masih terdapat individu membuat pembayaran di saat akhir.

“Pengumuman kutipan zakat dan agihan oleh Baitulmal MAIWP dijangka akan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof pada penghujung Januari ini, ” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pensyarah, Samsul Rohaizad Jemonar, 47, berkata, dia memilih untuk membuat pembayaran zakat pada saat akhir kerana tawaran hujung tahun yang ditawarkan di PPZ.

“Saya selesa untuk membuat pembayaran di Ibu pejabat PPZ kerana pengurusan yang cekap dan yakin dengan sistem pengagihan zakat oleh mereka di sini,” ujarnya.

Bagi seorang penjawat awam, Wan Shakiroh Wan Omar, 37, tawaran PPZ untuk memanjangkan masa operasi dan menyediakan kaunter bergerak membantu umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

“Tawaran itu sangat baik jadi, individu yang bekerja dapat merancang masa datang membayar zakat di sini atau mana-mana cawangan PPZ yang terdekat,” katanya.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN