PPBM tidak bersaing dengan parti komponen lain - Utusan Malaysia

PPBM tidak bersaing dengan parti komponen lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berniat untuk bersaing dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan menerima kemasukan Ahli Parlimen UMNO dan bekas pimpinan parti itu.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan dalam Majlis Presiden PH sebelum ini. 

“Memperkukuhkan satu parti bermakna memperkukuhkan PH. Ia tidak bermakna kita bersaing antara parti. Kalau PPBM kuat bererti PH juga kuat. Ini semangat yang perlu ada dalam PH.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk terima borang keahlian tetapi untuk meluluskan kita akan buat keputusan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita semasa persidangan Dewan Negara dibangunan Parlimen di sini petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN