Potongan 20 peratus caruman Perkeso ibarat 'cukur kepala pekerja asing' - Peka - Utusan Malaysia

Potongan 20 peratus caruman Perkeso ibarat ‘cukur kepala pekerja asing’ – Peka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Dis. – Cadangan supaya majikan menolak 20 peratus daripada gaji asas pekerja asing mereka untuk dicarum di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disifatkan oleh Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) sebagai terlalu tinggi.

ZUHAIRI AB. KADIR
ZUHAIRI

Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, cadangan dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran itu boleh diibaratkan seperti ‘cukur kepala’ pekerja asing yang berpendapatan rendah.

“Cadangan potongan gaji sehingga 20 peratus ini, Peka sifatkan sebagai tabungan terpaksa yang menindas pekerja asing bukan melindungi.

“Perkeso perlu menjelaskan kepada majikan yang menggajikan pekerja asing bagaimana wang mereka akan diurus serta apa perlindungan yang diberi kepada pekerja dan majikan. Adakah caruman itu mempunyai faedah pada pekerja apabila tamat kontrak kerja nanti?,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kula Segaran baru-baru ini berkata, cadangan potongan gaji 20 peratus itu untuk dicarum di Perkeso sebelum diserahkan kepada pekerja tersebut ketika mahu pulang ke negara asal setelah permit kerja mereka tamat tempoh.

Kata Kula Segaran, cadangan itu antara lain bertujuan menghalang pekerja asing melarikan diri sesuka hati dan membebankan majikan.

Zuhairi berkata, jika dilaksanakan, Perkeso perlu berhati-hati dengan cara mereka menguruskan dana pekerja asing kerana mereka mungkin tidak gembira dengan cadangan itu memandangkan pemotongannyabterlalu tinggi.

“Nilai 20 peratus adalah jumlah wang yang besar bagi mereka. Jika gaji mereka RM1,000 dan Perkeso memotong 20 peratus iaitu RM200, pasti sukar bagi mereka untuk mengurus perbelanjaan di negara ini dan mengirimkan wang pada keluarga di kampung,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN