TAIPING 7 Dis. – Polis berjaya menumpaskan satu geng pecah rumah yang dikenali Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kampung Sungai Relong dan Jalan Stesen di sini baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Daerah, Razlam Ab. Hamid berkata, dua lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping. Katanya, dalam serbuan pertama…










