Polis Terengganu perangi jenayah curi motosikal - Utusan Malaysia

Polis Terengganu perangi jenayah curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 11 Dis. – Mulai tahun depan, polis Terengganu akan memerangi kegiatan curi motosikal, susulan kejayaan kontinjen itu melumpuhkan kegiatan terbabit sepanjang tahun ini.

 

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail ketika memberi jaminan itu berkata, walaupun kes kecurian motosikal mencatatkan penurunan daripada tahun sebelumnya namun ia masih merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah indeks negeri ini.

Beliau menjelaskan, kadar jenayah itu melibatkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes membabitkan jenayah harta benda.

Menurutnya, hasil operasi yang dijalankan polis berjaya mengurangkan kepada 1.5 kes sehari di seluruh negeri berbanding nisbah sebelum ini iaitu dua kes sehari.

“Oleh itu kita akan memastikan yang fokus tahun depan lebih kepada operasi membanteras dan menangkap mereka yang terlibat.

AIDI ISMAIL
AIDI ISMAIL

“Kita dapati trend curi motosikal di Terengganu tertumpu kepada jenis Honda dan Yamaha 125. Jadi, kita akan turut mengadakan kempen kesedaran kepada para penunggang dengan meminta mereka berhati-hati supaya kenderaan dimiliki tidak mudah dicuri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah di samping Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuala Terengganu di Dewan Integriti, ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN