Polis tahan lelaki mabuk, berkelakuan tidak senonoh di balai polis - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki mabuk, berkelakuan tidak senonoh di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Seorang lelaki ditahan selepas menyimbah air minuman kepada anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman di Balai Polis Parit di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, suspek berumur 37 tahun datang ke balai polis berkenaan dalam keadaan mabuk dipercayai untuk membuat laporan polis.

“Selepas meletakkan kenderaan dipandu jenis Nissan Navara, suspek kemudian keluar dengan keadaan mulut berbau minuman keras yang kuat dan menyatakan duit dalam simpanan sebanyak RM5,000 telah hilang. 

Seorang anggota polis meminta suspek mengalihkan keretanya ke kawasan lain kerana mengganggu pandangan di hadapan balai namun lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, anggota polis telah menasihati suspek yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah ladang kelapa sawit untuk bersabar dan bercakap dengan sopan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN