LAHAD DATU, 14 Dis (Bernama) — Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai pengedar dadah dalam serbuan Ops Tapis di sekitar daerah ini, semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata kedua-dua suspek ditahan di lokasi berasingan antara pukul 12.15 tengah hari hingga 5 petang. “Suspek pertama seorang warga Indonesia berumur 35 tahun, ditahan di Kampung Silam dan dipercayai penagih serta pengedar dadah kecil-kecilan sejak dua bulan lalu.…









