Polis Selangor sahkan tahan Papa Gomo - Utusan Malaysia

Polis Selangor sahkan tahan Papa Gomo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menahan pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sekali lagi berkenaan penularan berita susulan daripada kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Selangor awal pagi Selasa lalu,

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan tersebut dilakukan pada pukul 1 petang hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

“Pihak polis juga telah menerima empat laporan polis berkaitan penularan berita dalam media ekoran kejadian di tapak kuil tersebut.

“Kertas siasatan untuk kesemua laporan telah dibuka dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat bagi memecahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo Khamis lalu setelah blogger itu memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN