KUALA LUMPUR 30 Dis. – Polis menafikan kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa berlaku di sebuah masjid di Taman Seri Melati, Selayang Jaya, dekat sini seperti yang tular dalam media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian sebenar ialah seorang lelaki mualaf yang dipercayai kurang siuman berusia lingkungan 40-an didapati telah mengganggu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu. Menurutnya, kejadian berlaku pada…










