PARIS 1 Dis – Polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air terhadap kumpulan penunjuk perasaan bergelar ves kuning berikutan tunjuk perasaan besar-besar bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang memasuki minggu ketiga.
Jurucakap polis memberitahu, setakat hari ini seramai 122 penunjuk perasaan ditahan kerana menimbulkan kebimbangan melampau terhadap ketenteraman negara.
Beliau juga memberitahu, enam anggota polis dan 14 penunjuk perasaan dilaporkan mengalami kecederaan ekoran insiden itu.
Bantahan tersebut turut mengakibatkan kesesakan teruk dan beberapa kemalangan jalan raya yang mengorbankan penunjuk perasaan.
Demonstrasi yang digerakkan menerusi media sosial itu ekoran kenaikan harga minyak dan menggambarkan aduan tentang kemerosotan kuasa berbelanja dan ketidakpuasan hati terhadap Presiden Emmanuel Macron yang didakwa mengabaikan rakyat bawahan. -REUTERS










