KUCHING 13 Dis. – Polis Daerah Kuching berazam untuk membanteras habis-habisan kegiatan perjudian haram dalam talian melalui Op Dadu, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek. Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah membuat 72 serbuan ke atas premis-premis perjudian haram dalam talian dan berjaya membuat 117 tangkapan setakat ini di bawah Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Katanya melalui Op…










