Polis buru lelaki bantu siasatan kes bunuh pengurus pusat hiburan - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki bantu siasatan kes bunuh pengurus pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Selangor sedang menjejaki seorang lelaki, A. Ragu, 27, bagi membantu siasatan berhubung kes pengurus pusat hiburan yang mati ditetak dengan parang di hadapan sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Ragu yang beralamat di Taman Datuk Hormat, Teluk Panglima Garang, Selangor dipercayai ahli geng 08 Spider Banting.

“Dia dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah yang melibatkan kekerasan sebelum ini dan disebabkan tiada sebarang keterangan berhubung kes tersebut, dia telah ditahan dan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tindakan di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

“Namun, terdapat perubahan pertuduhan dan individu berkenaan hanya dituduh di bawah Seksyen 43 Akta Pertuduhan 1966 pada 16 November lalu dan diikat jamin sebanyak RM3500. Suspek akan dibicarakan sekali lagi pada 8 April tahun depan,” ujarnya.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditetak parang ketika berada di hadapan premis hiburan tersebut dan siasatan awal mendapati mangsa diserang dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki empat buah kenderaan jenis Perodua Myvi, Honda HRV, Volkswagen Golf dan Toyota Camry. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN