KUALA LUMPUR 8 Dis. – Polis menganggarkan jumlah keseluruhan yang hadir menyertai Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 hari ini adalah sebanyak 55,000 orang. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, himpunan tersebut berjalan lancar dan selamat serta tiada kejadian tidak diingini berlaku. “Bagaimanapun, kita mengesan ada beberapa peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan sekaligus melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. “Namun kita tetap…










