SUBANG JAYA – Pihak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ25, di sini, menyeru pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terperinci supaya pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kekecohan di kuil terbabit dibawa ke muka pengadilan. Pengerusi Badan Bertindak kuil tersebut S.W. Ramaji berkata, mereka yang menjadi dalang kepada tindakan yang meragut nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 itu juga perlu diambil tindakan tegas. Jelasnya, pihaknya turut merasa dukacita dengan pemergian anggota…










