ISLAMABAD 31 Dis. – Syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) memecat lebih 50 kakitangannya termasuk juruterbang dan kru kabin kerana memiliki ijazah palsu. Kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan kebangsaan itu menyatakan bahawa mereka dipecat atas arahan Mahkamah Agung dalam kes ijazah palsu. Tiga juruterbang antara yang dibuang kerja dalam kes berkenaan. – AGENSI










