KANGAR 13 Dis. – Persatuan Bola Sepak (PFA) sekali lagi menegaskan bahawa isu pembayaran gaji tertunggak melibatkan para pemainnya telah dianggap selesai ekoran perjumpaan dengan mereka baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie menegaskan, tidak timbul isu berbangkit setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama dan menandatangani kontrak berkaitannya. Beliau walau bagaimanapun enggan menyatakan butiran kontrak tersebut kerana menghormati perjanjian agar perkara berkenaan tidak didedahkan. “Dalam perjanjian (kontrak) itu,…










