KOTA BHARU 21 Dis. – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) memperuntukkan sebanyak RM900,000 sumbangan zakat para pekerjanya untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, jumlah tersebut akan diagihkan kepada 4,913 asnaf di negeri-negeri di wilayah Petronas iaitu Kelantan, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan…










