Petisyen kekal Waytha Moorthy ketinggalan jauh - Utusan Malaysia

Petisyen kekal Waytha Moorthy ketinggalan jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Nampaknya petisyen yang digerakkan untuk mengekalkan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 19 November lalu kurang mendapat sambutan daripada rakyat apabila hanya mampu mengumpul sekitar 33,000 tandatangan setakat petang tadi.

Jumlah tandatangan petisyen sokong Waytha Moorthy dilihat terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan petisyen mendesak pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu digugurkan daripada Kabinet yang berjaya mengumpul lebih 300,000 tandatangan setakat hari ini.

Bahkan, petisyen mendesak Waytha Moorthy digugurkan itu juga menyasarkan untuk mencapai 500,000 tandatangan selepas sasaran awal untuk mencapai 300,000 tandatangan berjaya dicapai.

Melihat kepada reaksi warganet dalam media sosial, nama Waytha Moorthy dilihat cukup popular apabila ramai yang memuat naik pandangan mereka terhadap kredibiliti Menteri Perpaduan itu.

Walaupun ada yang memberi sokongan terhadap Waytha Moorthy, namun pada masa sama lebih ramai yang mengharapkan beliau digugurkan daripada barisan Kabinet.

Apa pun seperti yang dikatakan Dr. Mahathir, rakyat boleh menuntut untuk melucutkan jawatan menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi hanya Perdana Menteri yang memiliki hak untuk menentukannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×