ARAU 11 Dis. – Jika tidak boleh lakukan lebih baik, kekalkan yang mana ada. Itu harapan petani terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan semakin meminggirkan golongan mereka. Ahmad Raif Seorang pesawah, Ahmad Raif Razak, 26, berkata rata-rata petani sudah mula mengeluh apabila bantuan dan pelbagai insentif lain seperti subsidi yang diberikan kerajaan terdahulu kepada mereka sudah ditarik balik. Katanya, sebelum ini mereka menerima bantuan RM600 sementara menanti musim baharu…










