Pertumbuhan gaji di Malaysia kekal 5.2 peratus - Utusan Malaysia

Pertumbuhan gaji di Malaysia kekal 5.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – PERTUMBUHAN kenaikan gaji di Malaysia dijangka kekal pada 5.2 peratus dengan kebanyakan industri mengekalkan kadar pertumbuhan yang sama pada 2019, menurut tinjauan Jumlah Imbuhan Mercer.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercer Malaysia, Hash Piperdy berkata, Malaysia masih mengekalkan ekonomi yang kompetitif dengan 38 peratus dan 44 peratus, masing-masing untuk generasi X dan milenial memasuki pasaran kerja pada 2018.

HASH PIPERDY
HASH PIPERDY 

Kata beliau, sains hayat dan industri teknologi mencatatkan bayaran gaji pokok tertinggi terutama untuk jawatan eksekutif pada 2019.

“Antara sektor yang mungkin merekodkan peningkatan serupa adalah undang-undang, kewangan serta bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pertumbuhan positif dalam sektor semikonduktor dan bioteknologi menyebabkan kejuruteraan pakar dan bakat jualan akan mendapat permintaan tinggi.

“Selain itu, sektor yang merekodkan pertumbuhan perlahan seperti perbankan dan industri perkhidmatan kewangan dijangka menyaksikan pertumbuhan sihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Piperdy, fokus Malaysia ketika ini adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi yang membawa kepada kepelbagaian dan meningkatkan produktiviti.

Katanya, hasrat kerajaan untuk menjadi negara yang kompetitif memerlukan syarikat-syarikat membuat pelaburan bagi membina tenaga kerja mereka sendiri pada masa depan.

Sementara itu, Piperdy berkata, Bangladesh mencatatkan peningkatan gaji tertinggi bagi pasaran baharu muncul dengan 10 peratus diikuti Vietnam (9.8 peratus) dan India (9.2 peratus), Australia (2.6 peratus), New Zealand (2.5 peratus) dan Jepun (dua peratus).

“Terdapat beberapa negara kini setara dari aspek pembayaran gaji seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan dengan gaji permulaan pada AS$30,000 (RM125,394) setahun. Jumlah itu meningkat dengan ketara apabila mencapai peringkat kanan yang biasanya memperoleh AS$240,000 hingga AS$350,000 (RM1 juta hingga RM1.46 juta) setahun.

“Sementara itu, gaji permulaan adalah lebih rendah untuk sektor perkilangan kos rendah iaitu sekitar AS$5,000 (RM20,899) tetapi meningkat apabila mencapai peringkat pengurusan tertinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN