LABUAN – Persatuan Pengasuh Berdaftar Labuan meminta ibu bapa dan penjaga supaya menghantar anak-anak mereka menjalani pemeriksaan tangan kaki dan mulut (HFMD) terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat asuhan seperti Tadika dan Taska. Pengerusinya, Suzana Krunin berkata, pemeriksaan itu perlu berikutan meningkatnya kes HFMD seiring dengan pembukaan penggal tadika dan taska awal tahun depan. Beliau mendedahkan bahawa, 90 peratus kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga empat tahun yang diletakkan di bawah pusat penjagaan kanak-kanak Tadika dan Taska telah mengikuti ibu bapa dan penjaga masing-masing ke tanah besar ketika cuti sambutan Krismas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya