KUALA LUMPUR 2 Dis. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memperkenalkan kenderaan konsep berteknologi tinggi, X-Concept yang bercirikan aspirasi dan gaya hidup masa depan pada Pertunjukan Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, X-Concept menampilkan bentuk dinamik hatchback dengan pelbagai ciri menarik termasuk gril hadapan dan logo Perodua yang diterangi diod pemancar cahaya (LED). Selain itu, katanya, jentera tersebut…