Secara selayang pandang, tiada apa yang baharu pada Perodua Alza yang dinaik taraf ini. Tetapi, cuba berhenti sekejap dan pandang dengan lebih lama lagi. Ya, terdapat perubahan kosmetik pada Alza 2018 ini terutamanya untuk model Advance dan Special Edition (SE). Lihat bampar. Ada elemen menawan terutamanya pada lampu kabus. Jalur hitam seperti pada mata Deadpool ditarik memanjang ke bawah. Jeriji juga disolek dengan lebih baik melalui hiasan warna perak. Bampar…









