Perlu menang 105 mata jika mahu juara - Utusan Malaysia

Perlu menang 105 mata jika mahu juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan mendabik dada meskipun pasukannya berjaya mengekalkan status sebagai pendahulu Liga Perdana England (EPL) menjelang perayaan Krismas setelah menewaskan Wolverhampton 2-0, awal pagi semalam.

Sebaliknya, Klopp mengakui pasukannya perlu mengutip 105 mata sekiranya berhasrat untuk menjulang gelaran berprestij tersebut buat kali pertama dalam masa 28 tahun.

Kemenangan hasil jaringan Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk semalam menyaksikan Liverpool terus mengungguli carta EPL dengan empat mata, mengatasi pencabar terdekat, Manchester City yang memiliki kelebihan satu perlawanan.

Sebelum ini, lapan daripada sembilan pasukan yang pernah mendahului carta liga ketika Krismas berjaya muncul juara pada saingan musim tersebut, kecuali Liverpool yang gagal melakukannya pada musim 2013-14.

Justeru, Klopp percaya musim ini situasinya mungkin berbeza kerana pasukannya mungkin memerlukan 105 mata jika mahu merangkul gelaran tersebut.

“Saya tidak tahu berapa jumlah mata yang kami perlukan untuk menjuarai trofi EPL memandangkan persaingan yang cukup sengit pada musim ini.

“Saya telah dimaklumkan mengenai rekod pada empat musim lepas, bahawa mana-mana pasukan yang menduduki carta teratas ketika Hari Krismas, hampir pasti menjuarai liga pada penghujung musim.

“Tetapi saya tidak mahu fikir mengenainya. Saya hanya mahu pastikan yang kami terus mencipta kemenangan,” katanya.

Pasukan tangga kedua, City berpeluang merapatkan semula kedudukan sekiranya menang ke atas Crystal Palace pada baki satu perlawanan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×